Theme Preview Rss

SINOPSIS BUKU



Sendirian di Rumah
Fatin sendirian di rumahnya. Ada orang menelefon dan bertanya tentang ibu bapa dan alamat rumahnya. Tidak beberapa lama kemudian, ada orang mengetuk pintu rumahnya. Siapakah orang itu?



Terkunci di Dalam Bilik
Pintu bilik dapat menjadi perangkap yang akan menimbulkan panik dalam kalangan anak. Faiz dan Rizal mengalami keadaan ini. Bagaimanakah mereka menghadapi masalah ini?


Terluka ketika Bermain
Ketika bermain, anak-anak mungkin kemalangan dan terluka. Kaki Rizal terluka dan berdarah. Fatin membantu Rizal untuk mendapatkan pertolongan cemas. Apakah tindakan Fatin?  


Mencegah Penculikan
Anak-anak sering terdedah pada bahaya penculikan. Fatin dan Faiz mendapat tunjuk ajar daripada Pak Cik Arman tentang cara-cara berhadapan dengan penculik. Beliaun pegawai polis.




Terlupa Jalan Pulang
Ketika berbasikal, anak-anak sering terleka. Rizal dan Faiz berbasikal hingga jauh dari rumah mereka. Akhirnya, mereka terlupa jalan pulang. Dapatlah mereka pulang? Apakah yang terjadi  kepada mereka?




Selamat di Jalan Raya
Ketika hendak ke sekolah dan di depan rumah, anak-anak melintas jalan. Berbahaya. Lebih berbahaya lagi apabila mereka melintas di jalan raya. Lebih berbahaya juga jika mereka tidak tahu akan cara yang betul semasa melintas di jalan raya.


Pulang Sendiri ke Rumah
Fatin dan Faiz terpaksa pulang sendirian dari sekolah. Mereka perlu berhati-hati. Selain keselamatan di jalan raya, apakah yang perlu diawasi mereka?

Mencegah Buli
Buli kejadian yang sering berlaku di sekolah. Bila-bila masa saja anak-anak mungkin menjadi mangsa buli. Bagaimanakah tindakan Alisya dan Fatin terhadap kejadian buli?








Sesat di Kompleks Beli-belah
Faiz tersesat ketika pergi bersama-sama dengan Fatin dan ibunya ke kompleks beli-belah. Apakah yang dilakukan oleh Faiz  untuk bertemu semula dengan Fatin dan ibunya?
Sesat di Pasar
Di pasar, orang penuh sesak. Fatin terpisah daripada ibunya. Aisyah mencari ibunya. Bagaimanakah mereka berjaya bertemu dengan ibu Fatin semula?


Sesat di Hutan
Ketika berkhemah, Faiz dan Irfan turun ke anak sungai kerana sakit perut. Malangnya, mereka terlupa jalan pulang ke khemah. Dalam keadaan gelap, dapatkah mereka pulang ke khemah?
Selamat di Kolam Renang
Di kolam renang memanglah menyeronokkan tetapi ada bahayanya. Elakkan kemalangan di kolam renang. Itulah yang dipelajari Fatin dan Chee Yean.





Menghadapi Gempa Bumi
Fatin, Faiz dan keluarga sedang berehat di ruang tamu ketika berlaku gempa bumi. Bagaimanakah mereka menghadapi bencana ini?




Berwaspada ketika Banjir
Ketika banjir, air longkang dan sungai melimpah. Keadaan semakin berbahaya. Tahukah Fatin dan Faiz bertindak bijak dan berwaspada?





Mencegah Kebakaran
Rumah Ranjit terbakar. Rakan-rakan bersimpati terhadap Ranjit. Cikgu Dina memberikan nasihat dan panduan untuk menghadapi kebakaran.
Tanah Runtuh
Rumah Mak Cik Midah terlibat dalam kejadian tanah runtuh. Fatin dan Faiz mendapat pengetahuan tentang tindakan yang perlu dilakukan semasa mengalami kejadian yang berbahaya ini.












------------------------------- ******* ---------------------------------